Hadiah terbaik untuk lelaki ♥
Saturday, December 21, 2013 • 21.12.13 • 0 comments
Assalamualaikum pembuka bicara .mari menderma sikit kat aku sebelum mulakan pembacaan , nak kumpul duit beli s4 ni  . Klik  sini ♥♥ okay ? Gumawo :)

Rasa macam nak demam pulsk tengah tengah hari ni kan . Kepala pon rasa lain macam je . How are you today people ? Di pagi jumaat yang barakah lagi indah dan redup beserta angin yang sepoi sepoi bahasa gitu , membuatkan nafsu tidur aku membuak buak . Actually benda ni dah lama rasa nak share . Tapi terpaksa dipendam atas sebab sebB tertentu .

Bulan 10 hari tu kan , batch kitorang ada buat makan makan sikit . Ala ala majlis perpisahan giteuww . Dalam majlis tu , kitorang kene tukar tukar hadiah . Mula mula aku ingatkan nak kene tukar dengan sesama perempuan je . Jadi tak yah la nak berkerut otak aku fikir nak bagi ape . RupA rupanya , lepas dibuat bancian . Ramai yang nak tukar hadiah lelaki dan perempuan . Okay , aku dapat hadiah , purse yang aku guna sampai sekarang , buku agama dan tempat letak barang yang cuteee :) okay , itu hadiah aku . Dan empunya pemberinya adalaah SYED FARIS FIKRI . Actualky aku takde la rapat sangat dengan dia . Well , dia kelas lain , aku kelas lain , mana laa nak rapat  .

Tapi , aku pulak kene bagi hadiah dekat budak lelaki yang jugak bukan dari kelas aku , iaitu HILMAN  . Ah , nak cari hadiah adalah part yang paling susah . Ye la , kalau perempuan , boleh lah bagi teddy bear kalau dah malas sangat nak bagi hadiah kan . Ni lelaki kot , agak agak la aku nak bagi teddy bear kat dia . So , ada beberapa barang yang aku rasa sesuai untuk dibuat hadiah bagi para lelaki ni . Dan yang mostly hadiah diorang dapat waktu majlis perpisahan tu .


1 . JAM TANGAN


Hadiah ini adalah hadiah yang paling common buat lelaki . Aku pon bagi ni je dekat hilman . Actually bukan aku yang pilih , mak aku yang belikan , pakej dengan balut sesiap lagi . So keje aku adalah mudah , bagi je dekat dia hadiah tu . Jam ni antara yang paling senang , sebab lelaki jarang pakai gelang kan . Unless gelang yang warna silver macam besi tu . Mostly guy dapat jam warna hitam , ada jugak yang dapat warna silver , dan diorang suka . Jadi sekarang taulah aku , kalau nak bagi hadiah kat orang . Jam adalah salah satu hadiah yang menarik . Kalau rasa tak mampu nak bagi yang mahal , bagi yang tak de branded pon takpe asalkan selesa buat si pemakai . Tapi , kene tengok jugak jenis jam tangan macam mana yang orang tu suka , lagipon , ada je sesetengah lelaki tak suka pakai jam . Rimas maybe .


2 . WALLET <DOMPET>

Mostly guy akan suka jugak kalau dapat dompet . Baru aku tahu , rupa rupanya , lelaki ni dalam diam , keinginan dia lebih kkurangsama je macam perempuan . Bezanya , diorang tak suka tunjuk apa yang diorang nak . Tapi bila diorang dapat , ohmaii bersyukur tak terkata . Macam kawan aku yang sorang ni , dia cerita ah kat aku

Aiman : nina , kau bagi ape dekat orang yang kau dapat ?
Me : entah , aku tak fikir pon lagi . Asal ?
Aiman : aku teringin nak DOMPET baru la :(
Me : cakap kat aku asal ? Bukan aku yang bagi hadiah kat kau
Aiman : kot la kau saja saja nak belanja

Tengokk . Memang mangsa buli betul aku kat sekolah . Haha dia cakap dia teringin nak dompet baru sebab dompet lama dah uzur .


3 . TALI LEHER <TIE>


okay . Ini yang paling vogue the vass . Actually mula mula , otak aku memang blank tak tau nak bagi gift ape dekat hamba lelaki ini , diorang macam tak banyak aksesori dan keperluan lansung . Stress bila kaji ape kemahuan diorang . Style lelaki ni , barang diorang sikit , tapi .. mahal nauzubillah . Terjojol bijik mata aku nak membelinya . Ye la , diorang suka main game , jadi mestila minat playstation . Kalau nak hadiah playstation dari aku , tunggu ayah aku jadi owner playstation . Memang harapan la . Sampaila , aku dah runsing sangat . Aku call abang ipar aku

Jai : nape adik ?
Me : apa yang abag tak suka ?
Jai : tie kot . Asal ?
Me : takde ape . Thanks . Kbai *end call*

Then aku call mak aku ,

Me : mak , nanti belikan tie . Warna ape pon takpe tau
Mak : asal ? Ada event kene pakai tie ke ?
Me : takdelah . Ada event kene bagi tie .
Mak : nanti mak call balik , ada keje bai * end call*

Walhal dalam hati dah curiga habis dah bila aku suruh beli tie .


4 . TALI PINGGANG <BELT>


yang ini menjadi kegilaan lelaki jugak sebenarnya , tambah tambah tali pinggang yang ada kepala tu . However , aku cukup cukup benci belt yang jenis itu . Kalau nak beli belt ni , takdelah semudah yang disangka , sebab nak kene ikut kesesuaian si pemakai jugak . As for me , better beli belt yang warna hitam formal tu . AAtleast dia boleh guna nak pegi sekolah ke , even untuk formal event pon boleh


5 . BAJU <T-SHIRT>


yang ini seriously untuk yang memang desprado tak tau nak beli ape sangat . Beli je lah baju tshirt yang boleh dibuat pakai hari hari . Kalau rasa macam tengah kopak sangat nak belikan tshirt yang mahal mahal , beli jelah tshirt yang biasa biasa je harganya . Yang pasti baju tu nampak stylo then kene dengan style si pemakai . Confirm ah dia tak tolak gift yang korang bagi tu .


6 . MINYAK WANGI < PERFUME >


Haha mungkin ini antara hadiah yang eksklusif okay . Ye la , penah kau pegi tesco tengok minyak wangi semurah rm10 ? Memang takde la , yang ada sekarang ni sampai rm70o  ada semata mata nak minyak wangi ja . See how rugi . Kalau tak duit tu boleh buat makan makan .


7 . DAN LAIN LAIN


Haha . Okay yang ini paling lawak . Yang lain lain adalah bermaksud , topup rm 10 , rm 5 mahupon rm50 . Atau pon botol air jenama tupperware yang dijual dalam catalog tupperware tu je . Ataupon kasut , yang selipar , mahupon bersarung , mahupon yang biasa .

Cukuplah sampai disini perkongsian kita . Actually , kalau korang ada ahli keluarga ke , adik beradik lelaki ke , takkan la korang tak boleh fikir kan benda benda yang problably penting dan selalu digunakan lekaki , cap pon boleh . Pakej murah lagi . As for me , aku tak suka bagi cap as suggestion untuk hadiah . Entah mengapa . Tapi , kalau korang nak bagi , bagi je jangan segan segan .


Even kalau kau nak bagi dia benda lain pon boleh . Kasut ke . Tapi , bagi aku , kalau nak bagi kasut kasut  , baik la aku suruh mak apak orang tu tolong belikan je . Kasut mahal k . Kopak duit aku nak tolong belikan kasut k .

P/s : bagi hadiah tu memang ikhlas , tapi biar berbaloi ■■



Labels: , , , , ,


OLDNEW
THE PRINCESS ♥
WELCOME


Welcome


hai people , welcome to my land . feel free to read , comment and yeah follow also . but please , i don't like harsh word here . respect me as an owner please . gumawo , thanks , terima kasih

 tEtaMu cOmeL

I WISH ♥
pray for me readers

8A PMR 2013
GALAXY TAB 2
SMARTPHONE
155cm HEIGHT
BE A DOCTOR
MR RIGHT
BELANJA AJAD
9A+ SPM 2015
BRING MY PARENTS TO MEKKAH AND PARIS


SAY SOMETHING PLEASE ♥
chit chat here



Awesome people ♥
Thank for following me


Question , Suggestion ? ♥
Drop it here please



Play your cursor and Do click here ♥
kumpul duit nak beli GALAXY s4 ni . Tolong eh

Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: NURAMANINAYUSOF