PMR HARINI ♥♥
Thursday, December 19, 2013 • 19.12.13 • 0 comments
AssalamualaIkum muslim :) apakah khabar kalian semua  ? Alhamdulillah nina sihat . Debaran yang selama ni memekak mekak kat dalam hati dah dibubuh minyak pelincir , perjalanannya pon dah semakin lancar dan semakin tenang .

Okay poyo , entah apa yang aku merapu satu perenggan ni . Pagi tadi senak perut woi . Dah la sekolah aku jauh ke hujung utara Malaysia nun haa . Terketar ketar sampai tak terkeluar sepatah perkataan pon daripada mulut aku . Tu nak cerita la berapa takut nya aku .

Pagi tu aku dah hangin satu badan , entah kenape ntah aku terasa macam nak marah orang yang usik aku pepagi buta ni . Dalam perjalanan tu aku diam je . Memang lidah ku kelu tak mampu bersuara . Dalam pukul 12 tu sampai lah maktab . Dah la datang lambat . Biasalah aku , budak rare sekolah . Apa nak diherankan kalau datang lambat pon . Memang aku sorang je lah yang ada nak amik result , dah lambat kan . Lepas je aku tengok slip , rasa macam nak pengsan . Tapi Alhamdulillah , aku bersyukur gila penat lelah aku , mak ayah aku akhirnya terbalas . Dalam fikiran aku dah terfikir yang aku ada berjanji dengan sorang budak ni nak bagi dia jadi orang first yang aku text . Aku pon amik handphone and text ajad ■ pasal result aku . Haha seperti biasa , cousie aku yang sangat gila dan annoying . Tapi , Alhamdulillah , ada jugak sebutir kebaikan dalam diri diaa . Haha senang bergaul dengan dia . *ajad , mohon jangan mengembang apabila membaca post ini*

Lepas amik result aku ngadu lapar kat mak aku , gila tak lapar , dari pagi benda yang aku makan tak tertelan . Berhenti lah dekat kedai makan mana ntah area area chuping gitu . Tengah tengah makan , erm yum yum dap . Ada lah kereta mana tah berhenti betul betul depan sepasang mata aku . Takde depan yang betei betei tu tapi depan la jugak . Okay , faham faham seniri . Aku ni kan memang suka ngusha orang , apa lagi , aku usha usha la sikit budak dalam kereta tuu . Aleh aleh , ehhh budak sbp rupanyan . Sah la sama form dengan aku , dengan pakai baju batik sbpnya . Haha memang sah budak 8A ni . Yelaa , budak sbp kan .

Okay , penat usha . Moh le kita naik ke kereta pulang . Sangatlah mengantuk sampai tak larat berkata kata .

P/s : tahniah buat semua pelajar PMR yang dapat 8A atau 9A . Buat yang tak berjaya , jangan risau . Ada yang lebih baik untuk masa hadapan . In Shaa Allah ♥

Re -edit : thanks to my cousie , ajad . Dia suruh aku letak nama dia sebab nak aku ingat yang aku kene belanja dia nanti .

Labels: ,

Mimpi
Tuesday, December 17, 2013 • 17.12.13 • 2 comments
Bismillahirahmanirrahim , Assalamualaikum w.b.t. dan salam satu Malaysia . Awal pulak aku bangun pagi ni , entah kenape , lepas subuh je terus rasa nak bangun . Taknak tidur balik macam selalu . Mungkin sebab otak aku tengah membeku fikirkan result kot . Minggu ni saja , hari hari aku terperosok je dalam bilik , nak tengok tv pon rasa takde mood . Apa yang sudah terjadi pada diriku ini -.-

Korang pernah mimpi ? Apee? Tak pernah ? Biar betul ? Tipu lah kan kalau cakap tak penah , itu baru betul nak mintak sekehan daripada aku . Entah entah malam tadi tidur , baru je mimpi dah cakap tak pernah mimpi . Eh kejap , mimpi dan angan angan adalah dua perbuatan yang berbeza . Jangan nak campur adukkan pulak dua perkataan tu . Quote yang selalu aku dengar , orang aku cakap , "mimpi tu mainan tidur" tak aku sangka tidur pon nak bermain , atau lebih sinonimnya orang cakap kalau mimpi mimpi buruk ni "mimpi mainan syaitan , yang nak ganggu orang tidur" tapi kalau jadi kenyataan jugak mimpi tu macammana  . Tipu lah kalau aku cakap "hari hari aku mimpi yang indah saja , tiada yang buruk buruk " nampak benor nipunya . Dalam seminggu , almost dua ke tiga kali aku akan mimpi benda yang meraban . Ghost ke , benda buruk such as accident ke . Tapi , dalam seminggu , Alhamdulillah la mimpi baik yang selalu keluar , sampaikan lee min ho yang berlakon cerita heirs tu pon aku mimpi , haha tertanya tanya , siapa yang rindu siapa sekarang ni .

Ada jugak bual bicara orang yang aku dengar , kalau kita mimpikan someone , maksudnya dia tengah rindukan kita . Omnomnomnom ini bual bicara kosong , tiada input fakta yang tetap . Ye lah , mimpi hanya terjadi dalam bentuk view yang memang kita tak sedar bahawa kita hanya bermimpi . Ada yang mimpi jadi kenyataan , dan ada yang cuma kenangan saja mimpi tuu .

This morning , aku bangun , aku bukak mata , aku rasa nak nangis . Malam tadi aku mimpi , aku dapat 6 A je untuk PMR . Tak pastilah samada aku ni memang betul betul akan dapat 6A dan petanda mimpi ni suruh aku be prepare terima kenyataan atau memang mimpi ini sekadar mainan jugak . Nauzubillah . Ya Allah , terus terasa senak perut bila cakap pasal result . Entah mengapaaaaa


P/s : mimpi indah . Jangan berhenti berdoa untuk batch 98

Labels: , , ,

Keputusan PMR pada Khamis ini (19 Disember 2013)
Monday, December 16, 2013 • 16.12.13 • 0 comments
Assalamualaikum . Debaran pelajar pelajar PMR semakin dirasai . Penat lelah memerah otak selama tiga tahun , masakan diorang tak harapkan kejayaan lansung . Pelabagai usaha yang diorang dah buat , pegi tusyennya , kelas tambahan nya , siap ada yang terpaksa berhentikan semua aktiviti sukan sebab kalut dengan PMR . Tapi persoalannya , adakah kalian bersedia ?

Sejujurnya , aku yang pegang title CALON PMR ni pon , rasa macam nak pecah jugak dada . Ye lah , jantung berdegup lebih laju dari biasa . Kalah kereta ferari lajunya . This is my first exam yang aku tak boleh nak salam tangan mak ayah aku before amik paper , exam pertama yang aku tak boleh nak peluk diorang before amik paper , exam pertama yang aku hanya dapat kata kata semangat dari telefon je . Aku ingat lagi , dua hari sebelum exam aku call mak aku . Mak adalah keutamaan aku , walau apapun yang terjadi , aku nak jugak call mak aku dulu . Walaupon aku guna celcom dan mak aku guna maxis . But still , mak adalah orang pertama yang aku akan call kalau ada apa apa yang aku gusarkan .

On that day , hari isnin . 30 september mungkin , aku call mak aku sebab aku terasa takut sangat , aku terasa tak mampu nak jawab exam ni . Aku rasa macam nak suruh je mak aku datang perlis jenguk aku . Tapi , tak sampai hati la pulak , taknak nyusahkan diorang .  Bila mak aku angkat call , aku bagitau mak aku yang aku ada kelas bagai , then aku cakap lah paper ape yang aku nak hadap on the first day . Then , waktu nak letak phone call tu , aku dengar mak cakap , doa banyak banyak tau . Jangan lupa usaha , buat yang terbaik . Allah , sebak hati ni , aku pon ape lagi nangis macam baby baru bangun . Feeling feeling macam duduk oversea pulak bila mak cakap macam tuu .

Disebabkan waktu amik UPSR aku auka bercakap dengan mak aku before nak amik exam , aku rasa lain macam pulak bila nak amik paper exam tak cakap dengan mak ayah akuu . So , hari first . Rabu 2 oktober 2013 , pagi dalam pukul 6.45 gituu amik cellphone aku then aku call mak aku . Tapi takde sape angkat . Ye la , pagi lagi kan , mak aku buzy buat bekpes kot . Tu lah andaian aku . Dah lama sikit aku call lagi , tapi tak de sape angkat jugak . Disebabkan aku dah kalut sangat sangat dan nak cepat sangat sangat , aku pon call la apak aku  . Omg omg berdebarnya nak cakap dengan apak pagi pagi . Deringan pertama je apak aku dah angkat . Fuhhh pantas seperti kilat apak aku bertindak .

Apak : Assalamualaikum , hello
Me : *gulp* Waalaikumussalam ayah . Ayah buat ape
Apak : tengah duduk duduk

Tanpa melengahkan masa , aku pon cepat cepat ke motif aku call . Bukan taknak sembang , masalah aku dah kalut . Jadi nak berbasa basi ni memang tak sempat .

Me : adik ada exam bm harini , doakan adik tauu
Apak : ye , ayah doakan , buat baik baik , bismillah dulu .baca doa .  Jangan kalut blablabla ..

Banyak lagii , tapi itu yang paling aku ingat . Then aku yang macam cacing kepanasan ni pon gopoh tanya pasal mak aku

Me : ayah , mak ada tak ? Adik call tak dapat
Apak : ada , mak nak pegi mana pulak pagi pagi ni

Ayah aku pon jerit jerit panggil mak aku , tak lama pastu mak aku cakap

Mak : hah hello , exam apa pagi ni
Me : bm . Doakan adik . Janji .
Mak : ye , buat baik baik k .

*end call*

Sweet pulak mak dengan ayah aKu bagi ucapan sama bagai , janji ke hape ntah .

Aku pon mula melangkah pegi surau , sebab setiap pagi kitorang ada bacaan yassin , then baru together gether pegi dewan , sweet tak iolls ?

Setiap pagi dan petang . Tu lah duty aku , call my mom and dad . Call itu umpama semangat bagi aku . Padahal mak ayah aku dok ulang cakap benda sama je , tapi ntah . Bila aku tak dengar suara diorang , rasa macam takde semangat nak amik exam . Paling last aku call mak dengan ayah aku pakai public phone  haha itu time desperado betul dengan takde kreditnya . Nasib exam last .

Dan sampailah sekarang , dah nak amik result dah ni . Mesti ramai batch form3 yang tak senang duduk dah getar getar takut nak amik result . Mengikut berita yang disebarkan di tv3 . Pelajar tingkatan 3 boleh amik result pada khamis ( 19 disember 2013) pada pukul 10 pagi hingga 11 pagi di sekolah masing masing .

Kalau nak cek online , boleh check dekat sini ♥♥ . Tapi aku kurang pasti bila boleh mula disemak . Kalau nak check  sms pon boleh . Tapi , maaf aku kurang pasti .

Ramai yang cakap , "pmr je pon , jangan kecoh" tapi bagi aku , walaupon ini hanya " pmr je pun" , aku dah berpenat lelah demi pmr nii selama tiga tahun . Takkan lah sedikit pon takde rasa aku nak dapat 8A . Apapun , untuk batch 98 . Semoga berjaya dengan keputusan pmr anda .  Kalau keputusan elok , Alhamdulillah . Kalau tidak , sabar ya sayang , Allah tengah menguji kamu , mungkin ada yang lebih baik nanti , in Shaa Allah




P/s : doakan batch 98 dapat keputusan pmr yang cemerlang pada hari khamis nanti ♡♡

Labels: , , , , , ,


OLD
THE PRINCESS ♥
WELCOME


Welcome


hai people , welcome to my land . feel free to read , comment and yeah follow also . but please , i don't like harsh word here . respect me as an owner please . gumawo , thanks , terima kasih

 tEtaMu cOmeL

I WISH ♥
pray for me readers

8A PMR 2013
GALAXY TAB 2
SMARTPHONE
155cm HEIGHT
BE A DOCTOR
MR RIGHT
BELANJA AJAD
9A+ SPM 2015
BRING MY PARENTS TO MEKKAH AND PARIS


SAY SOMETHING PLEASE ♥
chit chat here



Awesome people ♥
Thank for following me


Question , Suggestion ? ♥
Drop it here please



Play your cursor and Do click here ♥
kumpul duit nak beli GALAXY s4 ni . Tolong eh

Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: NURAMANINAYUSOF