
AKHIRNYA
assalamualaikum :) akhirnya , setelah berhempas pulas sampai memulas mulas otak , sendi dan juga segala otot otot lengan ini mengembalikan kembali wajah asal blog yang aku terlebih make over sampai jadi buruk tadi . nasib lah diri ini cerdik sedikit , dah buat back up untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi .
apa perasaan korang sekarang ? takyah nak rahasia rahasia sangat la dengan aku , tumbuk karang baru tau . perasaan aku ? *tunduk tunduk* malu nak bagitau ! perasaan aku sekarang , rasa nak nanhis pon ada , rasa menyesal pon ada .
oh ! petang tadi aku pegi kenduri rumah zahrin . kawan waktu sekolah rendah aku . dia
kahwin eh salah , dia buat doa selamat atau nama kampung lagi kenduri kesyukuran la .mula mula puteri -kawan sekolah rendah aku jugak- text aku ajak pegi , aku shy shy . sebab diorang ni satu sekolah , dan aku bukan :( dah dekat dua tahun tak jumpa diorang diorang ni . gila lah kalau aku tak shy shy . tapi , puteri ajak la jugak , dia cakap takyah malu sebab aku ni pon kawan diorang jugak . berbekalka keberanian yang ada , aku pon pegilah ke rumah zahrin .
apa yang aku bayangkan . itu yang terjadi . sebab tu aku malas tahap cipanzi nak datang . kecuali kawan kawan baru diorang memang confirm tak datang , baru aku confirm datang . tapi , terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata , bye bye jawabnya . nasiblah ada sorang lagi kawan sekolah lama aku iaitu Ain Azmi yang ikut jugak pergi rumah zahrin . kalau tak , mesti aku nangis T.T
aku bukan nak complain cakap diorang tak reti jaga perassan aku bagai . ye lah , bukan perasaan aku je yang hendak di jagaa . cuma sekurang kurangnya alert dengan keadaan . jangan sampai ada yang terasa hati dengan perlakuan kita . mungkin la , sebenarnya dioang takde niat pon nak buat macamtu , tapi , kitorang yang rasa ni . serious , aku rasa macam terasing . jauh kat sudut hati aku terasa jugak , kenape jemput kawan yang tak berapa rapat kalau nak berkepit dengan kawan yang rapat je ?
haha sekarang ni no more regret . lagi kita fikir lagi sakit hati . actually aku nak selfie dengan diorang . tapi aku malu , yela . diorang asyik dengan diorang diorang je sampai aku rasa . -fine , aku nak balik- kalau aku ada kereta lah time tu , dah lama aku start engin blah dulu cari ketenangan . dulu aku selalu nafikan ayat ni , sangat nafikan . tapi sekarang baru aku tau , yang mugkin ayat ni betul
kawan hanya ada bila kita di depan mata , bila dia tak nampak kita , mungkin bukan kawan lagi
aku tak menyesal terpaksa sekolah jauh , jauh dari kwan asrama aku . serious aku tak menyesal . tapi tu DULU . entah mengapa , mungkin sebab apa yang disajikan di depan mata aku tadi membuatkan aku rasa . sangat sangat menyesal jauh dengan kawan aku sampai diorang tak boleh datang rumah aku . dan tak boleh bergambar dengan aku . kanak kanaknya pemikiran aku .
p/s : mungkin diorang tak sedar apa yang diorang buat singgung hati orang lain
Labels: kawan, perasaan, rindu, sahabat, sedih

ZAMAN DAHULU □□■■
Thursday, December 19, 2013 • 19.12.13 •
0 comments Klik
sini ♡ . Gumawo
Assalamualaikum Muslims :) tengah tengah melakukan rutin harian aku iaitu bertweeting dengan dengan sepupu aku si
ajad ■ tweet punya tweet punya baik punya tweet . Asalnya tweet tu ajad nak wish congrates dekat aku , then dia pon cakap dekat aku yang next year turn dia pulak nak amik exam besar iaitu SPM . tengah tengah tweeting , tiba tiba diri aku seperti berada di awang awangan gitu , acewahh , seperti , seperti aku tengah terbang gitu .
Terimbau lah kenangan yang pada suatu ketika dahuluuuu ........
Aku dengan si ajad ni dulu antara sepupu yang almost rapat la jugak . Kitorang selalu main sesama , dengan adik si ajad ni -affan- dan sedara kitorang sorang lagi -yana- dalam empat orang kitorang ni , ajad la yang paling tua . Eleh , beza setahun je dari aku . Mummy mummy kitorang ni adik beradik , mak aku lah kakak kepada mak mak diorang ni , jadi diorang diorang ni selalu la berkumpul dekat rumah aku . Ini cerita dulu tau , DULU . Kalau dah mak mak berkumpul tu , jangan tanya ah buat apa , kekadang aku pon tak faham , sampai nak masuk tidur pon sempat lagi nak nyembang . Takpe , mungkin suatu hari nanti aku akan faham .
Disebabkan waktu ni aku dan mereka mereka semua ni masih di tahap kanak kanak ribena lagi , apalah sangat yang kitorang tau pasal internet kan ? So , kalau kumpul ramai ramai kat rumah aku , video game , komputer game , atau apa apa game ni bukan la keutamaan . Keutamaan kitorang adalah guli , kertas , pen , pencil , okay . Tu je dah cukup . Kitorang akan create game yang orang tak pernah main dan kitorang main . See , how childish we are . Apadahal kan , we are young waktu tu . Guli yang selalu orang buat main congkak tu pon kitorang boleh pelbagaikan game dia . Letak guli dalam satu bekas then lepaskan semua , masing masing kutip . Sape kutip paling banyak menang . Haha . Ya Rab , tiba tiba teringat semu benda .
Main teka teki bergambar , haha kalau bosan sangat semua duduk diam tengok tv , then Sambung fikir nak main apa . Paling aku ingat sekali time diorang datang waktu bulan puasa . Omg , haha mummy mummy diorang ni dah la style yang jarang bangun sahur , aku ni pulak memang akan dipaksa untuk sahur , dengan ajad , dengan si affan tak pepasal yana yana sekali kene bangun sahur . First time bangun tu , ajad dengan affan , sama je perangai dua beradik .terkebil kebil je tengok nasi tu , haha maybe baru first time nampk makanan bila bangun tidur kan . Tu yang mata tu lain macam je .
Tapi , tak salah aku , tu lah last ajad , affan dengan yana gathered dekat rumah aku . Waktu bulan puasa tu aku darjah 5 . Aku pon dah jarang jumpa dengan diorang after tu . Since aku masuk asrama pulak waktu form 1 kan . So , memang harapan la nak jumpa , main main macam dulu lagi . Rasanya kalau takde twitter memang tak bertegur dah kitorang ni , haha masing masing busy dengan sekolah kunon .
Kembali ke alam nyata ..........
Hurm , serious terimbau dan terindu , well , now kitorang dah jarang sangat jumpa . Tambah tambah dengan yana . Betapa sayangnya aku dekat yana tu , waktu dia kecik dulu selalu aku suruh ayah aku bawak gi rumah maksu aku , alasannya sebab aku nak tengok yana . Ayah aku pon layankan je . Tapi sekarang ni , kitorang jumpa bila ada event je , haha tu pon since event waktu cuti sekolah . Kalau tak , memang tak ah jawabnya .
P/s : bila , yang tertulis untukmu adalah yang terbaik untukku , kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku . Namun , takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupmu yang telah terukir abadi , sebagai kenangan yang terindah :)
" since kitorang jarang jumpa , awkward gila bila jumpa "
SuMbangan klik kat
sini ♥♥ pleasee ;) gumawo atas pertolongan .
Labels: akhir tahun, cuti, guli, kanak kanak, Kenangan, rindu
OLD
THE PRINCESS ♥
WELCOME
Welcome
hai people , welcome to my land . feel free to read , comment and yeah follow also . but please , i don't like harsh word here . respect me as an owner please . gumawo , thanks , terima kasih
tEtaMu cOmeL
I WISH ♥
pray for me readers
SAY SOMETHING PLEASE ♥
chit chat here
Awesome people ♥
Thank for following me
Question , Suggestion ? ♥
Drop it here please
Play your cursor and Do click here ♥
kumpul duit nak beli GALAXY s4 ni . Tolong eh
Credits ♥
Don't ever remove the credit
Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B
L
O
G
S
K
I
N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: NURAMANINAYUSOF
|